Pages

Friday, December 16, 2011

Journal Review

A Game-based Learning Approach to Improving Students v1

Friday, December 9, 2011

Bahan Pengajaran

pengangkutan

RPH-Pengangkutan


Tarikh:  3 Mei 2011
Masa: 8.00 am 9.00 am
Tingkatan:  5 A
Bilangan Pelajar: 40 orang
Mata Pelajaran: Perdagangan
Tajuk/Topik: Pengangkutan
Objektif: a)Pelajar dapat menjelaskan peranan dan kepentingan pengangkutan
               b)Pelajar dapat menerangkan jenis-jenis pengangkutan
               c)Pelajar dapat menjelaskan kelebihan dan kekurangan setiap 
                   jenis pengangkutan.
           
Langkah
Bidang Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Aktiviti Pembelajaran
Set Induksi
5 minit
Guru nyatakan pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk ini telah sedia ada pada pelajar-pelajar sebelum pelajaran ini.
Menerangkan peranan pengangkutan
Pelajar-pelajar menyenaraikan peranan pengangkutan berdasarkan gambar yang diberikan.
Perkembangan
Langkah 1
20 minit








Langkah 2
20 minit






Langkah 3
5 minit

Jenis Pengangkutan
a)      Pengangkutan Darat
pengangkutan darat
b)      Pengangkutan Laut
c)      Pengangkutan Udara
d)      Saluran Paip

Aras 1
·         Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan
·         Menjelaskan dengan contoh kepentingan pengangkutan kepada sesuatu jenis perniagaan.

Aras 2
·         Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pengangkutan darat.


Aras 3
·         Mengkritik setiap jenis pengangkutan
·         Menyelesaikan kajian kes tentang jenis barang yang sesuai bagi pengangkutan darat dan rasionalnya.







Penutup
10 minit
Guru membuat kesimpulan dengan menegaskan apa yang telah dipelajari hari ini dan mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang.
Guru menyoal pelajar untuk mendapat maklum balas secara lisan.
·         Pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan folio pengangkutan.


Thursday, December 8, 2011

Latihan 1 Asas Perdagangan



1. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keperluan manusia? [1993]

A         Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kini
B         Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup lebih selesa dan seronok
C         Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan, sosial dan rohani
D         Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur, dan cita rasa
             seseorang

2. Keperluan manusia yang paling asas dikenali sebagai

A         keperluan keselamatan          
B         keperluan fisiologi
C         keperluan penghargaan
D         keperluan sempurna kendiri

3. Perkhidmatan doktor, guru, penyanyi dan peguam dianggap sebagai pengeluaran kerana
    perkhidmatan mereka

A         menghasilkan pulangan
B         meningkatkan perniagaan
C         memenuhi kehendak manusia
D         memberi keselesaan kepada pengguna

4. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang kehendak manusia? [2002]

A         Kehendak manusia terdiri daripada barang-barang
B         Kehendak manusia perlu dipenuhi sebagai asas untuk hidup
C         Kehendak manusia mudah dipenuhi kerana terdapat sumber yang tidak terhad
D         Kehendak manusia meningkat selaras dengan kemajuan teknologi


5. Keperluan keselamatan ialah

A         keperluan untuk makanan, minuman, pakaian, dan perlindungan
B         keperluan untuk mendapat perlindungan daripada ancaman bahaya
C         keperluan untuk menjalin hubungan mesra dan mendapat kasih sayang
D         keperluan untuk membuktikan kebolehan diri

6. Keperluan manusia yang paling tinggi mengikut Hierarki Maslow ialah ……

A         keperluan keselamatan
B         keperluan fisiologi
C         keperluan sosial
D         keperluan rohani


7. Mengapakah kehendak manusia berbeza antara satu sama lain? [1994]

A         Taraf hidup manusia berbeza
B         Keperluan psikologi manusia berbeza
C         Sumber untuk memenuhi keperluan asas berbeza.
D         Mata wang yang digunakan oleh manusia berbeza

8. Antara berikut yang manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar
      sekolah? [2000]

A         Makanan dan minuman
B         Basikal baru
C         Rumah kediaman
D         Kesihatan


9. Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri  kehendak manusia?

A         banyak pilihan
B         untuk keselesaan
C         mudah dipuaskan
D         tidak terhad

10. Menurut Maslow, manusia memerlukan makanan, rehat, dan udara yang bersih.
      Keperluan ini disebut…..

A         keperluan fisiologi
B         keperluan rohani
C         keperluan sosial
D         keperluan keselamatan

11. Pilih pernyataan yang benar tentang keperluan

A         Keperluan manusia tidak terhad dan mempunyai ciri kepelbagaian
B         Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup menjadi lebih selesa
C         Keperluan fisiologi adalah lebih penting berbanding dengan keperluan sosial dan
             rohani
D         Keperluan manusia berubah mengikut tingkat pendapatan dan cita rasa pengguna

12. Antara yang berikut, manakah perkara yang berkaitan dengan keperluan sosial?

A         Makanan        
B         Keselamatan diri        
C         Kesihatan
D         Persahabatan


13. Setiap individu mempunyai keinginan untuk memenuhi hasrat atau cita-citanya. 
      Pernyataan di atas merujuk

A         keperluan asas
B         keperluan penghargaan
C         keperluan keselamatan
D         keperluan sempurna kendiri

14. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang kehendak manusia?

I               Kehendak ialah keperluan terhadap barangan untuk kehidupan yang selesa
II             Kehendak manusia terlalu banyak dan tidak terhad
III            Model Hierarki Keperluan Maslow menerangkan beberapa tahap kehendak  
                manusia yang berbeza
IV            Kehendak manusia terdiri daripada kehendak terhadap barang dan perkhidmatan

A         I, II, dan III
B         I, II, dan IV
C         I, III, dan IV
D         II, III, dan IV

15. Gaji bulanan Amir lebih tinggi daripada gaji bulanan Asfar.

Pernyataan di atas menunjukkan bahawa

A         keperluan asas Amir lebih banyak daripada Asfar
B         kehendak Amir lebih banyak daripada Asfar
C         keperluan fisiologi mereka berbeza
D         kehendak Amir dan Asfar sama

16. Antara berikut, yang manakah keperluan seorang pelajar?

A         pendidikan
B         kesihatan
C         komputer
D         makanan berkhasiat

17. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang kehendak manusia? [2004]

A         Perlu dipenuhi untuk hidup
B         Boleh disusun tingkatkan mengikut keutamaan
C         Adalah sama walaupun taraf hidup manusia berubah
D         Berbeza berdasarkan umur, cita rasa dan pendapatan individu


18. Kehendak Baha tidak sama dengan kehendak Sabri.

Mengapa keadaan ini berlaku?

A         Kemampuan dan cita rasa Baha dan Sabri berbeza
B         Kerana keperluan Baha dan Sabri adalah sama
C         Keperluan keselamatan dan sosial Baha dan Sabri berlainan
D         Taraf hidup Baha dan Sabri adalah sama

19. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kehendak manusia? [1999]

A         Bebas bergerak tanpa gangguan.
B         Membeli sebuah peti televisyen warna.
C         Membeli sebuah rumah untuk diduduki.
D         Mendapatkan rawatan kesihatan di klinik berhampiran.
 

20. Apakah maksud pengeluaran? [2004]

A         Proses mengeluarkan barang dengan mesin
B         Aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan
C         Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam pengeluaran
D         Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindungan


Tuesday, November 8, 2011

akitivi Perbankan

Saturday, October 8, 2011

Tingkatan 4

BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

 

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK


KEPERLUAN
KEHENDAK
  • Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
  • Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
  • Sama untuk semua orang
  • Berbeza ikut taraf hidup
  • Tuntutan semulajadi
  • Dari pengalaman
  • Mudah dipuaskan
  • Tidak terhad
  • Mengikut peringkat -Maslow
  • Tiada keutamaan

KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW

 Boleh dibahagi kepada 3 peringkat:                                                               
                  

  1. Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
    1. Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
    2. Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

  1. Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
    1. Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
    2. Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

  1. Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

PENGELUARAN

Pengeluaran – aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan

                          dan kehendak

-      proses mencipta nilai faedah

NILAI FAEDAH
  • Nilai Faedah Bentuk
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
  • Nilai Faedah Masa
- Menyimpan barang hingga diperlukan
  • Nilai Faedah Milikan
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
  • Nilai Faedah Tempat
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung  - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
  • Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
  • Perdagangan
  • Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
  • Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
  • Buruh – usaha manusia  secara fizikal/mental
  • Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
  • Modal – Harta benda,sumber kewangan

 

USAHAWAN


Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

CIRI USAHAWAN:

1.    Kreatif – berupaya mencipta
2.    Inovatif – boleh mengubah suai
3.    Berani menghadapi risiko
4.    Berkebolehan mengurus
5.    Rajin
6.    Yakin
7.    Berjimat
8.    Tabah
9.    Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak

 

PERANAN USAHAWAN


1.    Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan  mencipta barang baru
2.    Mewujudkan peluang pekerjaan
3.    Meningkatkan taraf hidup
4.    Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
5.    Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
6.    Menggalakkan pertukaran wang asing

BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN


PENIAGA

USAHAWAN
  • Menjalankan aktiviti jual beli sahaja
  • Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
  • Matlamat untuk untung sahaja
  • Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
  • Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja
  • Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas.
                                                                                     

SISTEM BARTER


  • Aktiviti barang tukar dengan barang
  • Tidak gunakan wang atau orang tengah

SYARAT SISTEM BARTER


  • Kemahuan serentak
  • Ada lebihan barang


MASALAH SISTEM BARTER

  • Sukar mendapatkan kemahuan serentak
  • Sukar tetapkan nilai barang
  • Sukar tetapkan kadar pertukaran
  • Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
  • Barang tidak tahan lama
  • Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak



MAKSUD PENGKHUSUSAN

  • Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

JENIS PENGKHUSUSAN


  1. Pengkhususan mengikut profesion
    • Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll

  1. Pengkhususan mengikut proses
    • Pembahagian kerja dikilang
    • Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
    • Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll

  1. Pengkhususan mengikut kawasan
    • Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
    • Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang

  1. Pengkhususan antarabangsa
    • Perbezaan pengeluaran antara   negara
    • Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN


  • Meningkatkan pengeluaran
  • Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
  • Meningkatkan kualiti
  • Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
  • Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
  • Meningkatkan kemahiran
  • Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
  • Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN

  • Pekerja mudah bosan
  • Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
  • Tidak kreatif
  • Susah berpindah ke pekerjaan lain
  • Kos beli mesin mahal
  • Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
  • Boleh tergendala jika satu proses terhenti
  • Kos latih pekerja mahal
  • Penggangguran naik kerana banyak guna mesin
 
Copyright 2010 Belajar Perdagangan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase